Sebenarnya apabila korang ambil keputusan untuk 'bawa masuk' Herbalife ke dalam hidup kamu, pastikan korang dah nekad dengan 3 perkara berikut
1) Bersedia untuk mengamalkan PEMAKANAN SIHAT
2) Minum air secukupnya. Ingat, setiap 25kg berat badan bersamaan 1 liter air. (normal)
3) 3D- Discipline, Determine, Dedication
- Setiap kejayaan bermula dengan satu disiplin yang ringkas.
- Keazaman yang tinggi. Mesti rajin. Bersungguh-sungguh.
- Dedikasi. (Sila insert ayat yang menceritakan perkara-perkara positif macam yang korang selalu baca)
1) Okay mula-mula bangun tidur terus ke dapur dan bancuh ALOEVERA CONCENTRATE
Segelas air ni masukkan 3 cap. Segelas air tu estimate dalam 400-440ml. Rasanya masam masam sikit. Herbal Aloe ni elok untuk penyerapan nutrisi dan melembutkan sistem penghadaman. And plaing penting akan membuatkan kulit kita segar gitewww~
2) Okay kemudian bancuh teamix.
Teamix ni aku rasa ramai dah tau ke-best-an dia. Yang tak pernah ambil herbalife pun tau serba sedikit. Ianya bagus untuk memberikan sumber tenaga dan boost metabolisme. So pagi-pagi takde la badan lemau je. Untuk segelas air di atas, aku campurkan dengan sudu kecik tu ha. Segelas air tu estimate dalam 400-440ml juga.
3) Sambil minum air teamix secara perlahan-lahan dan santai, aku bancuh Shake.
Shake ada 5 perisa (setakat ni yang masuk Malaysia). Coklat, Strawberry, Cappuccino, Vanilla dan Tropical Fruit; dan perisa kegemaran aku ialah Coklat, stoberi dan tropikel fruit tu.
Sila lihat gambar di atas. Kalau korang baca direction pada cannister shake ni, dia suruh bancuh 2 heaping scoop kan. Tapi bila aku pikir HEAPING tu subjektif sangat. Ada heap rendah. Ada heap tinggi. Kalau monyet sarkas mesti boleh buat heap tinggi-tinggi. So, KALAU IKUT CARA AKU, untuk 300-350ml air, aku akan mix dengan 3 flat scoop shake ni.
Kemudian aku campurkan dengan..Formula 3 protein guna sudu yang belakang tu. Bagi sesiapa yang tak ada sudu tu, sementara nak dapat sudu Herbalife ni, korang boleh guna mana-mana sudu plastik ikut sukatan sendiri. Aku cadangkan Formula 3 ni jangan letak banyak sangat. Sebab ianya berfungsi untuk build muscle. Kalau terlebih ambil, memang ada terjadi fenomena berat badan tak turun banyak tapi muscle cantik; dengan kata lain, kalau perempuan daripada cutting bulat macam apple, terus ada curve pinggang, misalnya.
Ha lepas tu aku blender macam ni. Ada yang tak sempat blender, boleh shake sendiri. Tapi kalau pakai shacker cap ayam, memang dia susah larut. so akan terasa ketui ketui sikit. Dulu aku pun camtu. Tapi aku jenis tak banyak cerewet so aku telan je ketui-ketui pun. kikiki. Jadi yang terkini aku blender. Ha mesti korang nak cakap malas blender kan? Macam aku cakap, kalau malas memang susah nak berjaya. Tapi kalau korang bijak cari alternatif selain blender, pun boleh.
4) Lepas habis minum teamix dan bikin shake, aku pun tinggalkan semua ni dan masuk ke bilik balik untuk solat dan bersiap-siap nak pergi kerja.
Sebelum keluar rumah, aku pun minum shake coklat ni. Selalunya dalam jam 6.45 - 7.00 pagi.
Kesimpulannya itu lah turutan yang korang kena ikut. Dimulakan dengan Aloevera Concentrate, Teamix dan Shake. Ada yang kata "kawan saya cakap teh tu minum selepas shake"; itu mungkin cara kawan awak tu. Tapi ikut cara saya begini lah.
5) Sampai pejabat selalunya awal. Dalam 7.40-8.00 pagi tu kalau tak da aral memang dah tercongok kat opis dah aku. So sampai-sampai je aku terus buat benda yang sepatutnya iaitu prepare air siap-siapkat pantry.
Selalunya ini lah dos aku di pejabat sahaja. Botol kecik tu 500ml + botol besar 2.5liter dan Teamix tu 1.5ml. Total di dalam pejabat sahaja Air masak ialah 3.00 litre. Dan Teamix 1 liter. Cukup untuk daily dose aku. Cuma kalau keluar makan tengahari pun aku akan minum lagi 500ml air mineral (botol kecik standard tu)
So secara kiraan rawaknya, memang 4 liter without fail.
Sebelum ni aku pernah cerita tentang pentingnya minum air. Walau sebelum aku consume Herbalife pun memang aku rajin minum air. Dan memang semua manusia WAJIB ya, minum air secukupnya. Part ni orang paling liat nak buat. Aku tak faham kenapa. Alasannya sebab tak larat nak pegi kencing selalu. Padahal kencing je pun kan? Dan untuk pengetahuan korang, kalau badan kita cukup air, kita akan susah rasa lapar. Tak caya, korang cubalah.
6) Okay kalau dah amik shake ni, suka untuk aku ingatkan korang tak boleh ambil sebarang makanan berat, OK? Bagi yang ingin menurunkan berat badan, korang hanya dibenarkan makan RINGAN selepas 3 jam pengambilan shake ni. Selalunya aku akan makan snack ringan macam yogurt (FAT FREE) ke..biskut oat ke. Tapi setakat ni kalau kat pejabat memang yogurt lah kegemaran aku. Kat rumah baru aku kreatif sikit buat snack ringan macam simple ciken wrap ke. Itu pun kalau rajin. Selalunya memang yogurt lah.
So ini adalah rutin makan tengahari aku yang aku sempat snap gambar lah.
Memang aku akan pastikan ada sumber protein (ayam, ikan, tempe), karbohidrat (Nasi), vitamin (sayur sayur yang banyak). Banyak kan portion aku? Muahahaha kalau korang rasa portion aku melampau, korang kurangkan lah sendiri portion korang.
Kalau korang tanya aku, aku memang AGAINST ATKINS DIET sekarang ni. Bagi aku Atkins diet tak sesuai lansung untuk rakyat asia/malaysia sebab kita dari kecik dari nenek moyang makanan ruji kita adalah nasik. Nasik bukan ada lemak pun. Yang ada ialah kandungan karbohidrat asli yang sihat yang memang diperlukan badan. Si Atkins mat saleh tu cipta Atkins Diet sesuai dengan rutin pemakanan orang sana. Korang tengok la Mekdi dan KFC. Hidangan diorang more to protein, pastu roti seconet je.
Aku dulu memang pernah atkins diet time study dulu. Aku tolak semua carbs. memang sebulan aku hilang 6-8kilo, tapi ketahuilah, YANG HILANG TU ADALAH MUSCLE BUKAN FAT. Muscle ni kalau cepat hilang, cepat la dia gain balik. Sebab tu kalau kita perhati orang yang atkins diet ni badan diorang flabby sikit. So nak kasi tak flabby kena buat apa? kena la eksesais. Dah la dera emosi tak makan nasik. Pastu kena eksesais teruk lagi kan? So terpulanglah.
Macam aku, aku taknak stress. Nak rilek rilek santai je. Kita hidup bermasyarakat pun satu. Orang makan nasik lauk sedap-sedap, kita ratah lauk je macam kucing. miau miau miau katanya.
Tapi tak dinafikan, ada yang memang decide nak ambil Herbalife tapi nak kurangkan makan nasik. Ada yang ambil Herbalife dan top up dengan rutin pergi gym (Which is VERY GOOD). Terpulang. Apa-apa yang korang selesa lah. Cuma yang aku ceritakan kali ini ialah HERBALIFE CARA AKU. Korang kena faham, badan kita perlu kalori yang cukup untuk bakar lemak. Selalunya perempuan perlu 1300 kalori sehari untuk bakar lemak. Manakala lelaki selalunya1600 kalau tak silap. So kalau kalori sikit sangat pun tak boleh nak bakar lemak jugak. (Bagi yang malas eksesais)
Herbalife ni senang je. Korang boleh edjas ikut rutin sendiri. Asalkan rutin korang mesti lah sihat.
Dan Herbalife ni, aku perasan dia nak korang SIHAT dan CANTIK. Bermakna, nak sihat dulu, baru kecantikan tu datang dengan sendiri. Bukan Cantik dulu baru nak fikir sihat. Bila pikir cantik dulu baru sihat, tu yang korang nampak orang loose weight tapi kulit kusam. Tak bermaya. Tak bertenaga. Dan macam-macam lagi lah.
Alhamdulillah so far, orang yang aku coach dengan Herbalife ni rata-rata seminggu turun 2 kilo dan rasa lebih bertenaga.
8) Kalau aku terpaksa balik lambat dari pejabat, aku shake satu kali lagi untuk makan malam aku sekitar jam 7.00 - 7.30 petang gitu.
9) Okay dan yang akhir sekali, sebelum tidur aku minum sekali lagi ALOVERA CONCENTRATE ikut sukatan yang aku nyatakan di atas.
Sebenarnya korang boleh ikut step yang sama iaitu > petang-petang time korang masih dipejabat, korang minum alovera concentrate yang korang dah bancuh dalam botol siap-siap dari rumah. Kemudian minum teamix lagi, dan diikuti dengan last shake korang untuk dinner. Tapi sebagai wanita berkarier yang selalu balik lambek, aku buat macam ni;
Selepas habiskan teamix di pejabat dalam sekitar jam 6-7 petang, aku minum Shake (macam aku bancuh kata atas ni). Kemudian sebelum tidur di rumah, baru aku minum Alovera Concentrate mengikut sukatan macam yang aku ceritakan tadi.
Seminggu pertama korang akan rasa macam payah sikit. Tapi lama-lama korang akan biasa dan boleh absorb dengan rutin sebegini dengan gembira.
Suka untuk aku ingatkan kepada korang 3 CORE TIPS paling penting ialah
1) Minum air secukupnya (3-4 litre air masak 1-2 litre teamix) sehari
2) Makan 3 jam sekali. (Sarapan shake, snack siaht, lunch, snack sihat, dinner shake) Jangan biar perut lapar. Kelaparan akan memperlahanakan metabolisme dan pembakaran lemak.
3) Timbang paling kerap SEMINGGU SEKALI SAHAJA. Pada waktu bangun tidur pagi-pagi, lepas kencing dan beron, berbogel dan baru timbang. Bagi ibu menyusu, seeloknya kosongnya buah dada terlebih dahulu.
Kesimpulannya HERBALIFE CARA AKU begini lah;
Pagi Alovera Concentrate Dan TEAMIX > Sarapan Shake > 3 jam lepas tu snack sihat > 3jam lepas tu makan tengahari macam biasa > minum lagi TEAMIX dalam 500ml atau lebih > 3 jam lepas lunch snack petang > minum lagi teamix dalam 500ml atau lebih > dinner shake > kalau malam lapar lagi, snack sihat.> sebelum tidur minum lagi ALOVERA CONCENTRATE. Dan in between semua di atas, air mineral mesti minum secukupnya. Kalau aku selalu minum tak kurang 3-4 litre.
Bagi yang beminat dengan Herbalife dan ikut cara aku, boleh terus emel ke fadzlina_nawawi@yahoo.com dan call/msg aku di 0192052234..I'm AVAILABLE 24 hours!
I LOVE HERBALIFE!